Monday, February 23, 2009

Credits to JYEAH.


Erm patut la membe aku sorang ni selalu tulis dekat status ym dia.
Search2 jumpa pulak gambar ni.
CREDITS TO JYEAH.

Stressed!!


Hari aku rasa nak marah je, paling sial la hari. Mana taknye housemate aku semuanya ada kelas tapi aku takde aku kelas pukul 12.50pm pastu ada test pulak. Jadi aku bangun lambat la. Tengah2 mamai housemate aku yang jadual kelas die sama dengan aku nak pinjam moto sebab tekak dia hendak pergi klinik, jadi aku bagi je la.
Lepas tu aku tidur balik la. Bagun2 tengok jam dah pukul 12.55pm, adush.. aku kelam kabut mandi. Turun2 je moto aku takde memang bengang la membe aku nie tak balik dari klinik lagi, tepon membe aku nie tak angkat rupe2nya dia tinggal h/p dalam bilik dia. Jadi aku call housemate aku yang lain suruh dia orang ambil aku dekat rumah. Tapi malang semua tak angkat, aku dah memaki hamun, adush nape la aku jadi macam ni bengang betol dah la ada TEST AUTOCAD. Dah lambat dah ni jadi aku dah mati kutu tak tau nak buat apa lagi, aku termenung dekat luar rumah.
Tiba membe aku yg pergi klinik balik, time tu dah pukul 1.15pm, jadi aku bengang la. Tapi sebab dia sakit aku tak jadi marah, marah sikit jew. Sory Bodai aku takde maksud, faham la bile dah kelam kabut. Nasib baik dia bagi SURAT MC die kat aku suruh bagi dekat lecturer sebagai alasan aku datang lambat sebab bawa dia pergi klinik.
wakakakaka... Datang je lecturer marah aku jadi aku lagi bengang la, sebab lecterur nie macam S**L skit. Pastu aku terus wat test autocad, erm aku lupa la plak, boleh buat tapi ada benda yang complicated sikit. Jadi try2 boleh pulak then nak print dah ni dia marah pulak. Dia suruh tunjuk dia dulu die cakap salah susunan no dengan kelas. Yela dia ajar sekali je aku pulak ada autocad dekat rumah sewa aku jadi nak study macam mana pulak. Aku bengang ngn lect 2 nak aku tumbuk je. Membe aku yang aku tak penah tengok dia marah pon 1st time aku tengok dia marah lect. Terperanjat aku.
Aku dapat jawab 2 soalan je daripada 4, membe2 ak yg paling banyak buat pon 3 soalan, nampak
sangat siapa yang problem lecturer ke student?.
Balik je aku memang bengang sampai sekarang. Stress gila aku hari ini..
OH GOD PLEASE HELP ME!!!

Saturday, February 21, 2009

Celaru Malam(celam).

Lame tak jadi celaru malam, tapi malam ni memang celaru gila. Tadi online macam banda aku buka, busan gila, lepas tu budak rumah aku ajak keluar makan malam tapi aku suruh die orang gerak dulu. Aku rilek je kat rumah apa kes entah aku ni. Lepas tu dia orang dah balik dalam pukul 11.00 pm aku pulak yang terasa kebuluran sebab dari pagi aku tak makan, tengah hari tadi lepas test BI aku lepak minum je tak boleh makan la. Nanti nak berak je. wakakaka.
Sambung balik pada waktu malam dalam pukul 12 malam kot aku mandi siap nak pegi makan.
Pegi sorang2 pulak tu, macam orang bodoh je.
Tu la housemate ajak keluar makan tak mau join sekali. Perut dah lapar nak buat macam mana pergi la lepak Restoran azura sorang2, orang ramai pulak tu sebab ada bola MU vs BLACKBURN. Aku pon bukan minat nau bola sikit2 boleh la. Aku tiba je aku cari table yang kosong table tu tak nak besar pulakkan, aku duduk sorang2 plak tu. Biar la aku datang sorang table kecik takde duduk la table besar. Pastu aku order TEH O' AIS LIMAU, AIR KOSONG dengan NASI PAPPRIK aku mintak nasi lebih.
Dah makan, nasi tak cukup pulak, mintak nasi tambah. Fuu.. kenyang gila, macam biasa la aku suka tengok gelagat orang tengok bola. Nak2 ada mamat sorang nie dia minat MU kot, kalau pemain MU main kasar die cakap "alaa.. sikit jew siap nak kene kad kuning". Nak aku sound direct je mamat tu, "OIT BODOH DAH RULE BOLA MACAM TU, DIE PENGADIL KE KO? AKU YANG KURANG MINAT BOLA PON TAU LA, BAHLOL BADIGOL.." cakap dalam je berani, nak luahkan tak berani, lepas ak dah busan tengok bola aku balik la rumah sewa aku ni.
Sejuk gile naik motor. smpai rumah basuh baju lepas 2, online cari lagu je ngn tgk video dekat YOUTUBE.
Lepas baru la aku terpikir nak updated blog ni.
celaru+malam=celam nama panggilan aku masa sekolah teknik dulu coz ak bila malam bukan manusia normal, wakakakaka..
Jam dah pukul 6.34 am, aku bru teringat baju aku yang dekat dalam mesin basuh belum angkat lagi la,
ok nak sidai baju lepas tu tido la ngek.
MERCI.

Tak ada kerja buat kerja la.

video


Ni la jadi bila tak ad kerja,
kepala tak tau nak buat apa jadi buat la bende nie.
Aku buat pon sebab aku memang minat kasut GOLA yeah,
tp lagu xkene kot,
lantak la..
wakakaka..

Thursday, February 19, 2009

Rentetan First Time Nak PUASA..

al-kisah time 2 ak berumur 6 thn xsilap la. Sebab tak berapa ingat coz aku tadika mase umur 5-6, wakakaka. Masa 2 bulan pose dgn rileknye aku selalu pegi tadika sendiri jew sebab dekat dengan rmah ak jew. datan la tadika dengan machonye. Macam biase la aku tunggu kawan karib aku yang sampai sekarang aku masih bersahabat karib dengan dia. Tunggu punye tungu dia pon sampai time 2 plak Nenek die hantar dia, PAStu ak dngar la nek mmbe ak pesan kat cikgu jangan bagi cucu dia makan. Uish time tu memang ak terpikir kejam gile nenek dia tak nak bagi membe baik aku mkn. Time tu ak pon tak tau yang dah mula puasa. Jadi aku buat rilek jew la, korek hidungdengan rileknya. Paling best time makan tapi aku rasa masa tu pelik skit cikgu tadika ak cakap sapa yang yang puasa jangan duduk kat sini, jadi ak tengok mmbe ak sorang jew yang tak makan kesian plak aku tengok dia mangsa kene dera ke. Aku lawa dia makan dia cakap tak bole nenek dia tak bagi nanti nenek dia marah.
Ish aku cakap apa la makan je la nenek ko bukan tau, pastu tibe2 cikgu tadika aku mencelah , PAAT JANGAN KACAU SI ATAN 2 DIE PUASA LA. Erm aku terpaksa habiskan makanan ak sendiri, wakakakakka, kenyang aku. Lepas2 buat aktiviti macam biasa dengan membe2 tadika aku, macam mane die orang sekarang nie dah besar dah, entah ape khabar la dia orang nie. Lepas tu macam biase la balik rumah klu aku balik rumah selalu duduk sorang jew tunggu akak2 aku balik dari sekolah.
Yang membe aku nie die klu balik akan lalu depan rumah aku, kebetulan pulak time tu aku tgh makan buah limau, wakakakaka. Jadi dengan selambe ak panggil membe aku wei mari la lepak dulu. Aku ada limau lebih nie, die tnpa segan silu mintak limau dekat aku dia pon makan la. Rancang aku berjaya, erm tp tak dirancang pon xterpikir. Keesokan harinya nenek die datang nasib baik aku dah standby aku menyorok dekat tandas tadika tibe cikgu panggil aku, gelabah aku cikgu cakap nenek atan nak jumpa aku jadi aku buat rilek jew la. Tiba2 nek die xmarah pon nek die cakap atan nak puasa jangan kasi die makan limau lagi ek.
Ingatkan balik memang tak bole blah la mase 2, Sampai sekarang aku memang rapat dengan membe aku 2 family aku dengan family die pon rapat. Kadang klu aku lepak rumah nenek dia nenek kadang tak kenal aku jadi nak bagi die ingat ak balik sebut la pasal hal nie, PAAT YANG BAGI ATAN BUAH LIMAU MASE DIE TADIKA DULU. Baru la nek dia ingat aku.
sampai sini jew, nak pegi solat jumaat. MERCI.

Tuesday, February 17, 2009

Spouse forever!!



wakakakaka..
teman waktu ak sunyi,
tmn bile ade problem,
dan die xkan tinggalkan ak,
kalau ak xtinggal kan die..
ARRIVAL OF DESTROYER.


Tuesday, February 10, 2009

Kenapa Tak Cukup ke?

life life life...
complicated complicated complicated...
why why why...
me god...
ish ssh btol hidop dh lame ak xupdated blog nie,
malas kot. but bnyak cite mau cerita tp malas nak susun ayat,
erm life ssh la, xsnggup doh nak tempuh. wakakaka poyo gile. hari2 ad prob tp orng xfhm ak, ssh doh. but life must go on. 2la yg penting adush..,bulan nie bulan bnyak problem, mcm2 krisis melnda ak but thnx 2 my housemate bnyak tolong, bg ak happy. xtau nak balas jasa korang. and thnx 4 music hardcore yg bnyak kali wat ati ku rase puas. erm..
hidop nape ko mcm nie, mcm mane nak hidop mcm nie, klu hidop dh ssh mcm nie, tp hidop ttp kene idop, sbb sudah ditentukan hidop mcm nie..


bye!!